WELCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 2 March 2010

Tips Persahabatan

10 K DALAM PERSAHABATAN

KECINTAAN

Elemen yang paling penting sekali dalam persahabatan.Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara 2 insan yang di sandarkan kepada si pemilik cinta itu sendiri.Sebab itu,kadang2 perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita.

KESETIAAN

Kesetiaan terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan wlupun jarang bertemu.Apbila kita setia terhadapnya,kita akan di ingati oleh mereka krna tidak kira susah @ senang kita setia berada di sisinya memberi sokongan.

KASIH SAYANG

Kadang kala kasih saying tidak perlu di pamerkan secara luaran.Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat2 kita,insya-Allah,itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

KEBERANIAN

Berani dalam berkata benar.Dalam persahabatan juga,kita hendaklah berani apbila ingin mengatakan sesuatu.Lebih2 lagi jika kita melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya,kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang di lakukan.

KEIKHLASAN

Ikhlas menjamin sesebuah persahabatan,mendapat keberkatan dan rahmat drpda Illahi.Tidak ikhlas ketika bersahabat dgn seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat.Bersahabatlah dgn seseorang krna keluhuran hati budinya,bukan krna rupa,pangkat @ harta yang di milikinya.

KEJUJURAN

Jgn sesekali menipu @ menyembuyikan apa2 drpda pengetahuan sahabat kita.Jgn berahsia,melainkan pada perkara yang benar2 perlu di rahsiakan.

KEMAAFAN

Sekiranya sahabat kita pernah mrlakukan sebarang kesilapan,bersedialah untuk memaafkannya,tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita krna sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.

KEGEMBIRAAN

Begitu juga dgn kegembiraan.Jika kita gembira,maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat2 tercinta.Kegembiraan kita,kegembiraan mereka jua.

KESEDIHAN

Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih,maka ikutlah sedih bersama2 dgn mereka.Tawarkanlah bahu kita untuk di jadikan tadahan air mata mereka.Kerana tiada siapa yg akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

KESERASIAN

Sememangnya manusia di jadikan oleh Allah berbeza2,namun,dlm persahabatan keserasian dapat diwujudkan apbla terbinanya persefahaman,barulah hubungan kita dgn sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan di sebakan salah faham.

No comments:

Post a Comment

My Pic

WATCH IT